Polisi Bayaran & Pembatalan
Dikemaskini pada 2026-11-05
Polisi Pembayaran & Pembatalan
Polisi ini sebahagian daripada Terma Perkhidmatan Homey Services (M) Sdn. Bhd. dan hendaklah dibaca bersamanya.
1. Harga dan sebut harga
Harga yang anda terima adalah anggaran sebut harga berdasarkan maklumat yang anda isikan. Harga muktamad akan akan ditentukan oleh juruteknik ketika di lokasi kelak — bilangan unit sebenar, kepastian horsepower, masalah sebenar aircond, dan alat ganti yang diperlukan. Kami akan memberitahu anda sebelum membuat sebarang kerja yang melebihi anggaran bagi mengotakan janji 'Transparency Pricing' atau ketelusan harga.
2. Invois
Invois hanya akan dikeluarkan selepas kerja-kerja servis diselesaikan dan perlu dijelaskan sebelum juruteknik keluar dari premis anda dalam tempoh 2 hari dari tarikh invois. Peringatan secara automatik dari Homey Aircond bagi invois yang melepasi tempoh akan dikeluarkan sekerap mungkin bagi mengelakkan hutang anda di dunia ini.
3. Cara bayar
Bayar dalam talian melalui pautan pada invois — FPX, kad kredit dan debit, dan e-wallet sahaja — Pembayaran tunai kepada juruteknik adalah DILARANG dan tidak sah!
Resit pembayaran akan diterima secara automatik selepas bayaran diterima.
4. Pembatalan lewat
Membatalkan dalam tempoh 2 jam sebelum masa yang dijadualkan dikenakan caj RM80.00. Slot anda yang dibatalkan pada saat akhir mengakibatkan kerugian pada kekosongan jadual dan kos logistik.
Caj ini tidak dikenakan andai:
Pembatalan dilakukan oleh pihak Homey Aircond, atas apa jua sebab — kelewatan kerja pada tapak sebelumnya, juruteknik sakit, kenderaan rosak, faktor cuaca;
Anda membatalkan lebih awal daripada 2 jam bagi memudahkan pelan kontigensi dilakukan bagi mengelakkan kekosongan jadual.
Caj akan dikeluarkan pada invois berasingan. Bantahan boleh dilakukan dengan perundingan yang terbaik dari kedua-dua belah pihak, hubungi kami di acservices@homeyaircond.com — kami akan menyemaknya.
5. Penjadualan semula
Menjadualkan semula adalah percuma dan tidak dikira sebagai pembatalan, selagi anda memberitahu kami lebih awal daripada 2 jam daripada slot yang telah ditetapkan.
6. Tiada sesiapa di premis
Kegagalan dalam memberi akses memasuki premis pada masa yang telah ditetapkan, lawatan itu dikira sebagai pembatalan lewat dan caj yang sama akan dikenakan.
7. Waranti dan tuntutan
Selepas invois dijelaskan, Pihak Homey Aircond akan mengeluarkan Certificate of Guarantee yang boleh disahkan dalam talian. Tempoh waranti lalai ialah 1 bulan, dan waranti servis hanya termaktub pada unit model aircond seperti yang tertera pada sijil.
Waranti melindungi perkhidmatan yang kami berikan. Ia tidak melindungi kerosakan baharu, penggunaan yang salah, bekalan kuasa yang bermasalah, kerja yang dibuat oleh pihak lain selepas kami, atau implikasi semulajadi seperti sambaran kilat atau kerosakan binatang perosak.
8. Bayaran balik
Jika terdapat kerja-kerja yang tidak dilakukan seperti yang dibayar, kami akan membetulkannya tanpa kos. Kalau ia tidak dapat dibetulkan, kami akan memulangkan bahagian kos yang berkenaan. Bayaran balik dikembalikan melalui kaedah pembayaran secara online dalam kadar segera.
9. Pertikaian
Hubungi kami di acservices@homeyaircond.com atau +601159485859 jika terdapat sebarang kesulitan dan kami berusaha dalam menyelesaikannya secara terus daripada melalui mana-mana pihak lain.
Payments & Cancellation Policy
This policy forms part of the Homey Services (M) Sdn. Bhd. Terms of Service.
1. Prices and quotes
Any price we give before the visit is an estimate based on what you have told us. The final price depends on what the technician finds: the actual number of units, their condition, and any parts needed. Work beyond the estimate is only carried out after we have told you.
2. Invoices
An invoice is issued once the work is finished, listing the work done and any parts replaced. It is payable within 2 days of the invoice date. We send automatic reminders for invoices past their due date.
3. How to pay
Pay online through the link on the invoice — FPX, credit and debit cards, and e-wallets — or in cash to the technician. A receipt is sent automatically once payment clears.
4. Late cancellation
Cancelling within 2 hours of the scheduled time carries a RM80.00 charge. A slot given up at the last minute cannot be resold, and the technician has already been allocated for that day.
The charge does not apply when:
we are the ones cancelling, for any reason — technician off sick, vehicle broken down, weather;
you cancel more than 2 hours ahead.
The charge is issued as a separate invoice. If you think it should not apply, contact us at acservices@homeyaircond.com and we will look at it.
5. Rescheduling
Rescheduling is free and does not count as a cancellation, as long as you tell us more than 2 hours before the original slot.
6. Nobody at the premises
If the technician arrives and there is nobody to give access, the visit counts as a late cancellation and the same charge applies.
7. Warranty and claims
Once an invoice is settled we issue a Certificate of Guarantee that can be verified online. The default warranty period is 1 months; some services carry a longer period as stated on the certificate. To make a claim, contact us with your certificate number. Repair work under warranty is free of charge.
8. Refunds
If work was not done as paid for, we will put it right at no cost. If it cannot be put right, we will refund the part that applies. Refunds go back by the original payment method and usually take a few working days to appear in your account.
9. Disputes
Contact us first at acservices@homeyaircond.com or +601159485859. We would far rather settle it directly than through anybody else.
Pegawai Perlindungan Data
Data Protection Officer · dpo@cba.test